Sila klik http://skphtpss.blogspot.com/2010/05/koleksi-soalan-latihan-penulisan-upsr.html
Sumber diambil daripada skphtpss.blogspot.com
Friday, 14 December 2012
Lagu ABC kod tangan
Sila klik URL di bawah
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=vgXARwEypsA
Sumber diambil daripada youtube
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=vgXARwEypsA
Sumber diambil daripada youtube
Monday, 3 December 2012
Penulisan
Bahagian A
Panduan Am
(1) Bina lima ayat berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan seperti:
----> gambar tunggal
----> gambar bersiri
----> carta/jadual
----> graf dan lain-lain
(2) Ayat-ayat yang dibina hendaklah berdasarkan bahan rangsangan semata-mata dan JANGAN membuat
andaian.
(3) Gunakan struktur ayat yang betul dan tulis lima ayat yang gramatis dengan tulisan yang mudah dibaca.
Bahagian B
Maklumat Umum
(1) Tiga soalan dikemukakan iaitu soalan 1,2 dan 3.
(2) Calon-calon UPSR dikehendaki menjawab 1 soalan sahaja.
(3) Jumlah marakah penuh ialah 30 sahaja.
(4) Masa yang dicadangkan tidak melebihi 40 minit.
(5) Jumlah perkataan dalam lingkungan 80 patah perkataan sahaja.
Panduan Umum Menulis Karangan
(1) Teliti ketiga-tiga soalan yang dikemukakan. Kumpulkan maklumat dari segi pengalaman dan pengetahuan
sebelum membuat pilihan.
(2) Setelah membuat pilihan, sediakan rangka karangan bermula daripada pendahuluan, isi dan kesimpulan
sebagai penutup
(3) Berikutnya, mula menulis karangan dengan pedahuluan yang menegaskan tentang tajuk.
(4) Isi karangan hendaklah ditulis dalam perenggan kedua, ketiga, keempat dan kelima. Setiap satu isi serta
huraian hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
(5) Sediakan penutup yang tepat dengan membuat kesimpulan yang kukuh bagi mengakhiri karangan.
(6) Karangan hendaklah ditulis dengan tulisan yang mudah dibaca dan kemas dalam lingkungan 80 patah
perkataan.
Jenis-jenis Karangan
(1) Karangan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
(a) berformat
(b) tidak berformat
(2) Karangan berformat terdiri daripada
(a) Surat rasmi/tidak rasmi
(b) Ucapan
(c) Syarahan
(d) Perbahasan
(e) Berita
(f) Laporan
(g) Dialog
(h) Wawancara
(i) Catatan
(3) Karangan tidak berformat pula terdiri daripada
(a) karangan fakta
(b) perbincangan
(c) autobiografi
(d) biografi
(e) cerita
(f) karangan peribahasa
(g) keperihalan
(h) melengkapkan cerita
Monday, 26 November 2012
Latihan Tatabahasa (Latih Tubi)
Sila klik URL berikut untuk menjawab soalan latih tubi. Selamat Menjawab
Sumber diambil daripada http://pedagogibahasamelayu.blogspot.com
Sumber diambil daripada http://pedagogibahasamelayu.blogspot.com
Latihan Tatabahasa - Kata Nama Khas
Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.
* Hidroponik * Sang Kancil * Bank Amanah
* Pelabuhan Klang * Komanwel * Utusan Harian
1. Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam Sukan _______________ pada tahun 1998.
2. Cara penanaman sayur tanpa menggunakan tanah ialah tanaman _________________.
3. Encik Yusuf sedang membaca surat khabar ________________________________.
4. Kapal itu sudah berlabuh di __________________________________________.
5. Haiwan yang paling bijak dalam dongeng Melayu ialah ________________________.
6. Bapa menyuruh abang menyimpan wang di ________________________________.

Latihan Tatabahasa - Kata Nama Am
Tuliskan kata nama am yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Beliau menjadi pengarang di Syarikat Penerbitan Aisha.
______________________
2. Izzat, Hasbi dan Nik berjaya mendaki gunung yang tinggi itu.
______________________
3. Berakit di sungai adalah salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan.
______________________
4. Aiman memiliki komputer berjenama Acer.
______________________
5. Rumah saya terletak berhampiran dengan Taman Putera Jaya.
______________________
Sunday, 25 November 2012
Latihan Tatabahasa
Bagi memperkukuhkan kemahiran tatabahasa anda, sila klik perkataan di bawah untuk menjawab soalan yang disediakan. Selamat Menjawab....
Sila Klik di sini untuk menjawab pelbagai soalan Tatabahasa
Sumber diambil daripada upsrbm.tripod.com
Sila Klik di sini untuk menjawab pelbagai soalan Tatabahasa
Sumber diambil daripada upsrbm.tripod.com
Subscribe to:
Posts (Atom)