Monday, 3 December 2012

Penulisan



Bahagian A
Panduan Am
(1) Bina lima ayat berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan seperti:

     ----> gambar tunggal
     ----> gambar bersiri
    ---->  carta/jadual
    ----> graf dan lain-lain

(2) Ayat-ayat yang dibina hendaklah berdasarkan bahan rangsangan semata-mata dan JANGAN membuat                                                                                      
     andaian.

(3) Gunakan struktur ayat yang betul dan tulis lima ayat yang gramatis dengan tulisan yang mudah dibaca.

Bahagian B
Maklumat Umum

(1) Tiga soalan dikemukakan iaitu soalan 1,2 dan 3.

(2) Calon-calon UPSR dikehendaki menjawab 1 soalan sahaja.

(3) Jumlah marakah penuh ialah 30 sahaja.

(4) Masa yang dicadangkan tidak melebihi 40 minit.

(5) Jumlah perkataan dalam lingkungan 80 patah perkataan sahaja.

Panduan Umum Menulis Karangan

(1) Teliti ketiga-tiga soalan yang dikemukakan. Kumpulkan maklumat dari segi pengalaman dan pengetahuan
      sebelum membuat pilihan.

(2) Setelah membuat pilihan, sediakan rangka karangan bermula daripada pendahuluan, isi dan kesimpulan
      sebagai penutup

(3) Berikutnya, mula menulis karangan dengan pedahuluan yang menegaskan tentang tajuk.

(4) Isi karangan  hendaklah ditulis dalam perenggan kedua, ketiga, keempat dan kelima. Setiap satu isi serta
      huraian hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

(5) Sediakan penutup yang tepat dengan membuat kesimpulan yang kukuh bagi mengakhiri karangan.

(6) Karangan hendaklah ditulis dengan tulisan yang mudah dibaca dan kemas dalam lingkungan 80 patah
     perkataan.

Jenis-jenis Karangan

(1) Karangan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
 
     (a) berformat
     (b) tidak berformat

(2) Karangan berformat terdiri daripada

     (a) Surat rasmi/tidak rasmi
     (b) Ucapan
     (c) Syarahan
     (d) Perbahasan
     (e) Berita
     (f) Laporan
     (g) Dialog
     (h) Wawancara
     (i) Catatan

(3) Karangan tidak berformat pula terdiri daripada

    (a) karangan fakta
    (b) perbincangan
    (c) autobiografi
    (d) biografi
    (e) cerita
    (f) karangan peribahasa
    (g) keperihalan
    (h) melengkapkan cerita





Monday, 26 November 2012

Latihan Tatabahasa (Latih Tubi)

Sila klik URL berikut untuk menjawab soalan latih tubi.  Selamat Menjawab

Sumber diambil daripada http://pedagogibahasamelayu.blogspot.com

Latihan Tatabahasa - Kata Nama Khas

Isikan tempat kosong dengan kata nama khas yang sesuai.


                * Hidroponik   * Sang Kancil    * Bank Amanah

               * Pelabuhan Klang  * Komanwel  * Utusan Harian


1. Malaysia telah menjadi tuan rumah dalam Sukan _______________ pada tahun 1998.

2. Cara penanaman sayur tanpa menggunakan tanah ialah tanaman _________________.

3. Encik Yusuf sedang membaca surat khabar ________________________________.

4. Kapal itu sudah berlabuh di __________________________________________.

5. Haiwan yang paling bijak dalam dongeng Melayu ialah ________________________.

6. Bapa menyuruh abang menyimpan wang di ________________________________.

Latihan Tatabahasa - Kata Nama Am


Tuliskan kata nama am yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Beliau menjadi pengarang di Syarikat Penerbitan Aisha.
    ______________________

2. Izzat, Hasbi dan Nik berjaya mendaki gunung yang tinggi itu.
    ______________________

3. Berakit di sungai adalah salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan.
    ______________________

4. Aiman memiliki komputer berjenama Acer.
    ______________________

5. Rumah saya terletak berhampiran dengan Taman Putera Jaya.
    ______________________

Sunday, 25 November 2012

Latihan Tatabahasa

Bagi memperkukuhkan kemahiran tatabahasa anda, sila klik perkataan di bawah untuk menjawab soalan yang disediakan. Selamat Menjawab....

Sila Klik di sini untuk menjawab pelbagai soalan Tatabahasa

Sumber diambil daripada upsrbm.tripod.com

Friday, 23 November 2012

Cari perkataan tersembunyi





Teka silang kata





Cari benda tersembunyi




Monday, 19 November 2012

Petikan - Datuk di Ibu Kota

Baca dan fahami petikan di bawah

Datuk Di Ibu Kota

         Hani sekeluarga telah dibawa oleh datuknya berkunjung ke Taman Tasik Perdana. Salah satu tempat yang dikunjunginya ialah Taman Rama-rama. Dia telah menulis satu rencana tentang Taman Rama-rama tersebut. Taman Rama-rama adalah antara tempat yang sering dikunjungi oleh pelawat tempatan mahupun pelancong dari luar negara.
        Terdapat pelbagai jenis rama-rama serta haiwan eksotik lain yang dipamerkan di taman ini. Di Taman Rama-rama ini terdapat 8 000 ekor rama-rama yang terdiri daripada 120 spesies rama-rama yang terbesar di dunia. Taman ini juga dibina berkonsepkan taman rekreasi, iaitu dengan memberikan penekanan kepada kehidupan sebenar haiwan itu dihabitat asalnya. Para pengunjung juga boleh melihat pelbagai spesies rama-rama dan serangga melalui pameran dan bahan maklumat yang bersifat akademik.
        Taman seluas 0.8 hektar ini juga menempatkan haiwan lain seperti kura-kura, katak, ikan, kumbang, dan berbagai-bagai lagi. Pegawai Perhubungan Awam taman ini berkata, terdapat spesies rama-rama yang paling popular dan terancam yang menghuni taman ini. Selain itu, kewujudan santuari rama-rama di taman ini menjadikan Malaysia mempunyai tiga tempat perlindungan rama-rama selepas Pulau Pinang dan Melaka. Taman ini bukan sahaja telah mendapat pengesahan sebagai taman rama-rama yang terbesar di dunia, tetapi juga ingin menempatkan semua spesies rama-rama di dunia, iaitu 1020 spesies di Muzium Serangga.
        Taman ini diwujudkan untuk menarik minat para pelancong di samping memberikan pendidikan dalam bentuk baharu, iaitu meningkatkan kesedaran pengunjung tentang warisan semula jadi di negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Taman Rama-rama akan berusaha untuk membantu meningkatkan imej Malaysia sebagai alam semula jadi dan pusat rujukan tentang flora dan fauna.

Petikan - Keluarga Kreatif

Baca dan fahami petikan di bawah

Keluarga Kreatif

          Pada cuti persekolahan yang lalu, Mawarni telah pulang ke kampung yang terletak di Kudat, Sabah untuk menemui datuk dan neneknya. Ketika Mawarni sampai di kampung, nenek dan datuknya sudah menunggu kepulangan mereka di muka pintu. Datuk dan nenek Mawarni sungguh gembira menyambut kedatangan mereka.
          Pada malam itu, Mawarni duduk di beranda rumah nenek sambil menemani neneknya menganyam tikar mengkuang. Mawarni begitu kagum dengan kesungguhan neneknya. Dahulu, menganyam tikar itu hanya menjadi hobi neneknya ketika masa lapang tetapi sekarang aktiviti itu sudah menjadi sumber pendapatan utama nenek dan datuknya di kampung.
          Jika dahulu neneknya hanya menerima tempahan tikar mengkuang daripada pelanggan-pelanggannya. Tetapi sekarang, bukan hanya tikar mengkuang yang dihasilkan oleh neneknya, malah pelbagai jenis kraf tangan seperti beg dan bakul rotan. Semua hasil kraf tangan itu begitu cantik dan berwarna-warni.
Datuklah yang menjadi pendorong utama kepada nenek dalam menghasilkan kraf tangan tersebut. Selain itu, datuk jugalah yang berusaha mendapatkan daun mengkuang dan rotan untuk digunakan oleh nenek bagi menghasilkan kraf tangan tersebut.
          Kini, pelanggan-pelanggan nenek bukan sahaja penduduk kampung tersebut, malahan penduduk dari kampung berhampiran, penduduk bandar serta peniaga-peniaga hasil kraf tangan. Dengan menggunakan kepakaran nenek itu telah mendatangkan keuntungan yang lumayan buat nenek dan datuk.
        Mawarni juga turut berasa bangga akan kepakaran neneknya itu. Walaupun pada usia yang telah lanjut, neneknya masih bersemangat menghasilkan warisan seni masyarakat kita. Mawarni berjanji pada dirinya untuk meneruskan usaha murni neneknya nanti.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
 
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok, dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Kata Nama Am ღ

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.


Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.