Monday, 19 November 2012

Petikan - Datuk di Ibu Kota

Baca dan fahami petikan di bawah

Datuk Di Ibu Kota

         Hani sekeluarga telah dibawa oleh datuknya berkunjung ke Taman Tasik Perdana. Salah satu tempat yang dikunjunginya ialah Taman Rama-rama. Dia telah menulis satu rencana tentang Taman Rama-rama tersebut. Taman Rama-rama adalah antara tempat yang sering dikunjungi oleh pelawat tempatan mahupun pelancong dari luar negara.
        Terdapat pelbagai jenis rama-rama serta haiwan eksotik lain yang dipamerkan di taman ini. Di Taman Rama-rama ini terdapat 8 000 ekor rama-rama yang terdiri daripada 120 spesies rama-rama yang terbesar di dunia. Taman ini juga dibina berkonsepkan taman rekreasi, iaitu dengan memberikan penekanan kepada kehidupan sebenar haiwan itu dihabitat asalnya. Para pengunjung juga boleh melihat pelbagai spesies rama-rama dan serangga melalui pameran dan bahan maklumat yang bersifat akademik.
        Taman seluas 0.8 hektar ini juga menempatkan haiwan lain seperti kura-kura, katak, ikan, kumbang, dan berbagai-bagai lagi. Pegawai Perhubungan Awam taman ini berkata, terdapat spesies rama-rama yang paling popular dan terancam yang menghuni taman ini. Selain itu, kewujudan santuari rama-rama di taman ini menjadikan Malaysia mempunyai tiga tempat perlindungan rama-rama selepas Pulau Pinang dan Melaka. Taman ini bukan sahaja telah mendapat pengesahan sebagai taman rama-rama yang terbesar di dunia, tetapi juga ingin menempatkan semua spesies rama-rama di dunia, iaitu 1020 spesies di Muzium Serangga.
        Taman ini diwujudkan untuk menarik minat para pelancong di samping memberikan pendidikan dalam bentuk baharu, iaitu meningkatkan kesedaran pengunjung tentang warisan semula jadi di negara ini. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Taman Rama-rama akan berusaha untuk membantu meningkatkan imej Malaysia sebagai alam semula jadi dan pusat rujukan tentang flora dan fauna.

No comments:

Post a Comment