Monday, 19 November 2012

Petikan - Keluarga Kreatif

Baca dan fahami petikan di bawah

Keluarga Kreatif

          Pada cuti persekolahan yang lalu, Mawarni telah pulang ke kampung yang terletak di Kudat, Sabah untuk menemui datuk dan neneknya. Ketika Mawarni sampai di kampung, nenek dan datuknya sudah menunggu kepulangan mereka di muka pintu. Datuk dan nenek Mawarni sungguh gembira menyambut kedatangan mereka.
          Pada malam itu, Mawarni duduk di beranda rumah nenek sambil menemani neneknya menganyam tikar mengkuang. Mawarni begitu kagum dengan kesungguhan neneknya. Dahulu, menganyam tikar itu hanya menjadi hobi neneknya ketika masa lapang tetapi sekarang aktiviti itu sudah menjadi sumber pendapatan utama nenek dan datuknya di kampung.
          Jika dahulu neneknya hanya menerima tempahan tikar mengkuang daripada pelanggan-pelanggannya. Tetapi sekarang, bukan hanya tikar mengkuang yang dihasilkan oleh neneknya, malah pelbagai jenis kraf tangan seperti beg dan bakul rotan. Semua hasil kraf tangan itu begitu cantik dan berwarna-warni.
Datuklah yang menjadi pendorong utama kepada nenek dalam menghasilkan kraf tangan tersebut. Selain itu, datuk jugalah yang berusaha mendapatkan daun mengkuang dan rotan untuk digunakan oleh nenek bagi menghasilkan kraf tangan tersebut.
          Kini, pelanggan-pelanggan nenek bukan sahaja penduduk kampung tersebut, malahan penduduk dari kampung berhampiran, penduduk bandar serta peniaga-peniaga hasil kraf tangan. Dengan menggunakan kepakaran nenek itu telah mendatangkan keuntungan yang lumayan buat nenek dan datuk.
        Mawarni juga turut berasa bangga akan kepakaran neneknya itu. Walaupun pada usia yang telah lanjut, neneknya masih bersemangat menghasilkan warisan seni masyarakat kita. Mawarni berjanji pada dirinya untuk meneruskan usaha murni neneknya nanti.

No comments:

Post a Comment